Follow:
Sewing

Crochet Blanket

Assalamualaikum,

Ini adalah projek crochet blanket yang saya crochet semasa mula-mula pindah ke Berlin. Oleh kerana masalah teknikal, pergerakan kontena kami dari Malaysia tertangguh beberapa minggu. Mujur kediaman kami di Berlin siap sedia dengan perabot, tapi tiada TV.

Alhamdulillah, anak-anak sudah biasa mengisi masa lapang dengan aktiviti alternatif. Namun agak mencabar bagi saya kerana terpaksa berjauhan dengan mesin jahit. Mesin jahit itu penting..tanpa mesin jahit saya jadi tak keruan… hahaha!

This is the crochet blanket project which I made when we first moved to Berlin. Due to technical problems, the movement of our cargo was delayed for several weeks. Luckily, our abode in Berlin was fully-furnished, albeit without a TV.

The kids are used to this and could easily find alternative activities to amuse themsleves. But it was quite a challenge for me to be away from my sewing machine for a long period of time. It just drives me crazy…hahaha!

Ā 

Kedai Kraf di Berlin

Oleh itu, sambil menunggu barang-barang sampai, saya mengambil peluang untuk mengunjungi beberapa kedai kraf di Berlin.Kedai pertama yang saya lawati ialah Idee Creativmarkt . Kedai ini antara kedai kraf utama yang mempunyai beberapa cawangan di Berlin.

And so, while waiting for my stuff to arrive, I took the opportunity to explore the several craft shops in Berlin. The first shops I visited was the Idee Creativmarkt . It is one of the main craft shops with several outlets around Berlin.

Saya tak dapat nak ambil gambar sepanjang berada di Idee kerana tidak dibenarkan untuk memgambil gambar. Mungkin kalau minta kebenaran dibenarkan, tetapi malangnya saya masih belum pandai berbahasa German.

Di dalam Idee, terdapat banyak koleksi benang-benang kait sehingga saya jadi rambang mata nak buat pilihan. Nasib baik saya dapat mengawal diri dan hanya membeli beberapa warna yang saya rasa terbaik untuk dijadikan projek selimut saya ini.

I wasn’t able to snap any photographs while in Idee as there was a clear ‘no photos’ sign in the shop. Maybe I could’ve asked for permission to do so, but my German was still very limited at that moment (and still is… šŸ˜› ).

The collection of yarns in the shop was fabulous that I almost couldn’t made up my mind to choose. Fortunately I was able to control myself and picked several yarns that I reckoned would be perfect for my blanket project.

Ini adalah benang kait yang saya gunakan. Saya tak dapat nak kongsikan berapa biji benang yang saya gunakan, kerana ada pernambahan sepanjang proses yang saya tidak catat.

Mudah, Moden dan Stylish

Saya telah memilih pattern Lily’s Blanket daripada blog Dada’s place sebagai asas blanket saya. Saya telah membuat sedikit perubahan kepada pattern berkenaan dari aspek saiz benang dan juga saiz blanket yang saya inginkan. Bagi saya, selimut crochet adalah antara projek paling mudah namun tampak stylish dan moden.

Pattern ini sangat mudah dan sesuai untuk refresh semula crochet skills saya. Tutorial di dalam by Dada’s place ini cukup jelas dan tersusun. Terima kasih kepada Dragana Savkov Bajic, crochet designer di sebalik blog Dadaā€™s Place.

IĀ choseĀ theĀ Lily’s Blanket patternĀ from Dada’s place blog as the foundation of my blanket. I made several changes in the form of yarn and blanket size according to my own measurements. For me, crochet blanket is one of the easiest project, while preserving a stylish and modern look.

This pattern was perfect for me to refresh my crochet skills. The tutorial in Dada’s place is clear and well arranged. Thanks to Dragana Savkov Bajic, crochet designer of Dada’s place .

Selimut untuk Sekeluarga

Saya cukup puas hati dengan hasilnya. Blanket ini sungguh berguna sepanjang kami sekeluarga bercuti hujung tahun di Quedelinburg, Saxony-Anhalt. Walaupun cuaca sejuk, kami sangat seronok dapat berselubung di dalam blanket ini sambil berehat.

Banyak gambar WIP yang saya kongsi di dalam acc Intagram saya bersama blanket ini.

I’m really pleased with the results. The blanket was perfect for out year-end holiday in Quedlinburg, Saxony Anhalt. Eventhough the weather was cold, we had so much fun huddling under the cover of the blanket.

Check out the WIP pics in my Instagram.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya, Insyaallah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Thank you for reading my blog. Until we meet again in the next post.

Nadia.

Blanket : Lily’s blanket pattern daripada Dada’s Place.

Lokasi: Quedlinburg, Saxony-Anhalt, Germany.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply