Follow:
Craft, Reflections, Travel

jahitbynadia: New Look, New Adventure

Jahitbynadia is back with a new look and a new adventure.

Assalamualaikum semua!

Setelah sekian lama menyepi akhirnya saya kembali menulis semula : )

Alhamdulillah, blog jahitbynadia telah dipindahkan ke wordpress dengan wajah baharu!  Sebenarnya sudah lama saya bercadang untuk tukar wajah blog ini,  tapi kekangan masa serta pengalaman dalam pembangunan blog telah memaksa saya untuk menangguhkan cadangan ini.

Pada bulan Februari 2018, rakan saya, Akmal Dzaltastic / Dzfabrics telah menawarkan pakej yang menarik untuk memindah dan membangunkan blog yang baru. Pelbagai perbincangan telah dijalankan bagi mengenalpasti rupabentuk dan kandungan blog ini. Saya rasa seronok berbincang dengan Akmal yang tak pernah lokek untuk berkongsi idea dan pandangannya untuk mendapatkan  hasil yang terbaik. Terima kasih Akmal!

Namun demikian, semasa proses pembangunan blog sedang rancak, pada bulan Jun 2018, Encik Suami telah memaklumkan bahawa dia telah ditugaskan ke Berlin, Jerman. Dengan kata lain, keluarga nomad kami perlu turut berpindah. Meskipun ini merupakan kali keempat kami berpindah, usaha perpindahan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh sebulan sememangnya mencabar. Oleh itu, projek blog saya terpaksa ditanggungkan buat sementara waktu.

After a long period of time, i finally get to write again.

Thank God, the jahitbynadia blog has been successfully transfered to wordpress with a new interface. I had actually planned to change it for quite some time, but time constraints and lack of experience in blog development has forced me to postpone the plan.

In February 2018, my friend Akmal Dzaltastic/Dzfabrics offered me a great package to transfer and build a new blog. We went through a lot of discussions to identify the image and content of the blog. I reallyt enjoyed the discussion with Akmal as she has tons of ideas to come up with the best solutions. Thanks Akmal!

However, while we were full steam ahead with developing the blog, Mr. Husband informed us in June 2018 that he has been assigned to Berlin, Germany. In other words, our nomadic family will have to move….again. Although this would be the fourth time we relocate, packing everything we had within a month was a challenging task indeed. Therefore, the development of the blog had to take a back seat again.

Sepertimana pengalaman berpindah ke Bahrain, Senegal dan semasa pulang semula ke Malaysia sebelum ini, proses menyesuaikan diri dengan  persekitaran di Jerman mengambil masa beberapa bulan juga. Apatah lagi dengan bahasa dan iklim yang berbeza.  Namun, Alhamdulillah, kini semuanya telah kembali kepada rutin harian. Anak-anak telah mula sekolah dan barang-barang dari kontena juga telah disusun (walaupun masih banyak kotak tersimpan dalam stor…hehehe). Yang penting ialah barang-barang menjahit dan craft saya sudah disusun. Semoga saya dapat kembali aktif semula untuk urusan-urusan kraft, menjahit dan juga menulis blog.

As it was when we moved to Bahrain, Senegal and back to Malaysia, the process of adjusting to the new environment in Germany took a couple of months. Nevertheless, I managed to settle in a new routine for almost everything.  The kids have started school and our boxes from the cargo had been sorted out (well…most of them…hehehe). The most important thing is that my crafting stuff are in order. I hope that I would be able to be active in crafting and blogging from now on.

Pada asalnya, blog ini saya khaskan untuk mengumpul semua projek-projek menjahit saya. Namun, saya juga telah menerima permintaan dari rakan-rakan supaya saya kongsikan juga travel log dan juga tempat-tempat menarik yang kami pergi sepanjang berada di bumi Jerman ini. Oleh itu, jika anda juga berminat untuk mendapat update terkini  blog post jahitbynadia, bolehlah subscribe newsletter jahitbynadia di ruang yang disediakan di home page 🙂

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Hingga berjumpa lagi di post akan datang!

Originally, the blog is intended to catalog my sewing projects. However, I received requests from friend asking me to share my travel log and information on interesting places in Germany. Therefore, if you are interesting in getting the latest updates from jahitbynadia, please subscribe to our newletter.

Thank you for reading my blog. Until we meet in the next post.


Nadia.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply