Follow:
Sewing

Nora Sweater from Tilly and The Buttons

Assalamualaikum semua!

Rasanya sudah hampir setahun saya tak menjahit untuk diri sendiri. Keseronokan menjahit baju untuk anak-anak membuatkan sering menangguhkan projek jahitan untuk diri sendiri. Jadi apabila saya berhasrat untuk memulakan projek sweater ini, ada sedikit rasa janggal pula bila nak gunting pattern/pola dan fabrik. Maklumlah, perbezaan size agak ketara.

Sweater yang saya jahit kali ini adalah daripada Tilly and The Buttons

I believe it’s been a year since I last sewn for myself. The joy of sewing dresses for my youne ones have always gotten in the way. So, when I decided to start a sweater project, it takes a while to find the groove to cut the pattern and fabrik as the difference in size is quite apparent.

Nora Top: Modern-Style Sweater

Ini adalah Nora tops. Ia adalah modern-style sweater. Baju ini mempunyai bentuk yang boxy, oversized shape dengan potongan bahu yang jatuh dan besar.

Pattern ini sangat versatile. Boleh dihasilkan menggunakan pelbagai jenis fabrik, dari jersey ke sweater knits. Saya suka menggunakan fabrik yang berbeza kerana ia dapat menghasilkan rupa dan style yang pelbagai.

This is Nora tops. It is a modern-style sweater. The top has a boxy, ovesized shape with drop shoulder and wide sleeves.

The pattern is very versatile. It can be made using various fabric, from jersey to sweater knits. I love experimenting with different kind of fabrics and it would create a variety of style and look.

Muslin: Size 2

Ini adalah muslin Nora yang saya hasilkan buat kali pertama. Untuk baju ini saya menggunakan size 2. Saya telah menggunakan kain jenis knit (t-shirt) biasa yang dibeli dari Spotlight Malaysia. Saya hanya menggunakan mesin jahit lurus untuk keseluruhan baju ini. Dengan hanya menggunakan jahitan zig zag sahaja, kita dapat menjahit baju ini tanpa memerlukan mesin jahit tepi ataupun serger. Oleh itu, kepada sesiapa yang tidak mempunyai mesin jahit tepi tidak perlulah risau.

Untuk bahagian bawah (hem) baju pula, saya telah panjangkan sebanyak 3″ pada bahagian depan dan juga belakang.

This is the my first Nora muslin. I used size 2 for this top. It is made using a knit fabric which i bought from Spotlight Malaysia. I only used a stright line sewing machine for the project. By using a zig-zag stitch, there is no need to use a overlock or serger. This is beneficial for those who do not have access to either machine.

Fabrik French Terry untuk Sweater

Saya rasa pattern ini sangat sesuai untuk dijadikan sweater. Oleh itu, untuk baju yang kedua saya telah menjahit sehelai sweater dengan menggunakan fabrik jenis french terry.

Cuaca di Berlin sudah makin sejuk memandangkan sudah hampir sampai ke penghujung musim luruh. Oleh itu, fabrik french terry ini sesuai digunakan sebagai sweater.

I feel that this pattern is one of the best for a sweater. Therefore, I made my second top as one using a french terry fabric.

The weather in Berlin is getting colder as we were almost at the end of autumn. In this regard, the french terry fabric is the perfect choice for a sweater.

Memandangkan fabrik ini agak tebal, saya telah kecilkan ukurannya sweater kepada size 1. Saya juga menggunakan fabrik yang yang saya beli dari Stoff  Ideen di Wilmersdorfersstrasse, Berlin. Apa yang lebih menarik lagi ialah fabrik ini termasuk dalam harga promosi diskaun 50 peratus. Cantik dan murah! Sungguh berbaloi.  🙂

Untuk kali ini, saya telah menukar panjang hem sweater kepada hanya 2″ untuk bahagian depan dan juga belakang. Saya sangat suka dengan bahagian slit dan perbezaan labuh depan dan belakang sweater ini.

I decided to sclae down to size 1 for this sweater as the fabric is rather thick. The fabric was purchased from Stoff  Ideen in Wilmersdorfersstrasse, Berlin. I even got a 50% discount of the rack price. A beauty and a bargain! Double cheers! 

Kepelbagaian Rekaan Pattern

Pattern ini juga memberi pilihan lengan pendek,  paras siku dan juga panjang. Untuk kedua-dua baju yang saya jahit, saya telah memilih lengan panjang.

Untuk leher juga, kita boleh memilih sama ada slouchy high neck ataupun narrow neckband. Bagi baju-baju ini, saya telah gunakan slouchy high neck. Saya bercadang untuk mencuba narrow neckband untuk projek berikutnya.

The pattern also offers the option for long, elbow length and short sleeves. For both tops, I used the long sleeve version.

The are also options for the neckline; slouchy high neck and narrow neckband. This time around, I opted for slouchy high neck. I plan to use the latter for my future projects.

Terima kasih kepada Tilly and The Buttons untuk pattern yang sangat best ini. Saya akan berkongsi lagi hasil Nora saya masa akan datang, Insyaallah.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Semoga bertemu lagi di post akan datang!

Thank you Tilly and The Buttons for a great pattern. I shall share other Nora projects in the future.

Thank you for reading my blog. Until we meet again in the next post.

Nadia.

Sweater : Nora design by Tilly and The Buttons

Lokasi : Christmas Market, Budapesterstrasse, Berlin

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply