Follow:
    Sewing

    Simple Double Crochet Neck Warmer and Scarf

    Assalamualaikum,

    Hari ini saya nak berkongsi hasil kraf crochet saya . Lama rasanya saya tak bercrochet. Sejak pulang ke Malaysia dari Senegal, kebanyakan peralatan crochet tersimpan dalam kotak.. Kalau adapun aktiviti, cuma terbatas kepada projek kecil-kecil sambil menunggu di kelas jahit dress sahaja. Itupun crochet bunga sahaja.

    Today I’d like to share the several of my crochet craft works. It’s been a while since I crochet. Ever since returning to Malaysia from Senegal, most of my crochet stuff weren’t unpacked from their boxes. I may have made some small projects, but they were limited to simple crochets during my dressmaking classes. 

    Namun demikian, sejak kami berpindah ke Berlin, saya terjumpa banyak sungguh pilihan benang (yarn) yang cantik-cantik. Banyak sungguh yarn gemuk dan besar-besar. Saya memang sangat sukakan yarn yang besar-besar dan gemuk ni…hehehe. Benang gemuk dapat mempercepatkan proses crochet; laju dan mudah. Ia juga sangat sesuai untuk cuaca yang sejuk seperti di sini.

    Oleh itu, saya mulakan project crochet saya dengan simple neck warmer dan juga scarf. Alhamdulillah, sebelum pergi bercuti ke Pergunungan Harz. Saya sempat untuk menyiapkan 4 neck warmer dan scarf untuk anak-anak dan juga Encik Suami.

    However, since moving to Berlin, I came across so many beautiful yarns that are bulky. I love bulky yarns as they speed up the process of crochet. Furthermore, they are suitable to be used in cold weather, as in Germany.

    Therefore, my first crochet project in Germany began with a simple neck warmer and scarf. Thank God I managed to complete 4 neck warmers and scarves from the kids and hubby.

    Bergambar di stesen keretapi Drei Annen Hohne sementara menunggu keretapi sampai.

    Percutian ke Harz Mountian (Brocken)

    Kami sekeluarga telah menaiki keretapi dari station Drei Annen Hohne untuk naik ke Brocken. Perjalanan tersebut mengambil masa selama 1 jam lebih. Cuaca disitu sangat sejuk dan bersalji. Dapat lah anak-anak merasa bermain dengan salji buat pertama kali.

    Kami sekeluarga telah menaiki keretapi dari station Drei Annen Hohne untuk naik ke Brocken. Perjalanan tersebut mengambil masa selama 1 jam lebih. Cuaca disitu sangat sejuk dan bersalji. Dapat lah anak-anak merasa bermain dengan salji buat pertama kali.

    We took a train from Drei Annen Hohne Station to reach the top of Brocken. The journey took approximately 1 hour. The weather was cold and snowy. The kids were excited as they were able to play with snow for the first time.

    Aisya dan Mahathir menunggu untuk naik ke gerabak keretapi.

    Neck Warmer untuk Encik Suami

    Gambar di bawah adalah neck warmer yang saya crochet untuk Encik Suami. Saya telah mereka sendiri pattern neck warmer ini. Kesemua pattern ini hanya menggunakan double crochet sahaja. Mudah kan?

    The picture below is the neck warmer that i made for Mr Hubby. The pattern was self=made. The stitch was entirely using double crochet. Simple.


    Saya menggunakan double crochet stitches dalam bentuk bulat dan crochet sehingga lebar yang sesuai. Saya lapikkan dengan kepingan kain flannel untuk keselesaan dan juga supaya lebih panas.

    Untuk hasil yang kemas dan cantik, saya terpaksa menggunakan jahitan tangan untuk menyambungkkan flannel dengan crochet ini.I

    I used double crochet stitch in circular technique and adjust the width accordingly. I used a flannel fabric for the inner to make it comfy and warm.

    The flannel was hand-stitched to the crochet part to ensure that end result is tidy and neat.


    Skarf untuk Aira, Aisya dan Alya

    Untuk Aira pula, saya tidak lapikkan kain. Saya telah menggunakan benang (yarn) jenis 100% cotton yang tidak gatal. Saya telah menggunakan Bernat Handicrafter Cotton DeLux yang suami saya belikan di Joann semasa beliau di New York dahulu.

    As for Aira’s, I didn’t use a flannel inner. Instead I used a cotton yarn,  Bernat Handicrafter Cotton DeLux which was bought by Mr Hubby at Joann when he was in New York.

    Apa yang menarik dengan pattern ini ialah ia boleh digunakan sebagai scarf dan juga boleh tutup telinga, hidung dan kepala jika terlalu sejuk. Bentuk bulat ini juga sangat bagus untuk kanak-kanak yang tidak pandai melilit scarf di leher tanpa dibantu. Cuma perlu disarung sahaja.

    Oleh itu, saya juga telah crochet scarf bulat yang sama untuk Alya. T

    The thing that I love most about the pattern is that it could be used a neck scarf or to cover the ears, nose and head if the need arises. The circular shape is also great for kids who can simply put it on without winding it around their neck.

    Simple crochet scarf for children.

    Pattern ini sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlu double crochet sahaja. Untuk Alya saya menggunakan benang multicolour, ia terbentuk sendiri corak mengikut warna benang. Untuk Aisya pula, saya telah menggunakan benang yang sama dengan Alya, cuma bentuk yang berbeza. Kali ini, saya telah crochet scarf yang panjang.

    The pattern is super easy. One only need to double crochet. I used a multi-coloured yarn for Alya and the pattern sequence came naturally. For Aisya, I played  around with the pattern and made a longer scarf. 

    Simple double crochet scarf.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya, Insyaallah kita berjumpa lagi di post akan datang.

    Thanks for reading my blog. See you again in future postings.

    Crochet Scarf: Double crochet scarf (Pattern hasil draf sendiri oleh jahitbynadia)

    Lokasi: Drei Annen Hohne, Germany.

  • Crochet Blanket

    Assalamualaikum, Ini adalah projek crochet blanket yang saya crochet semasa mula-mula pindah ke Berlin. Oleh kerana masalah teknikal, pergerakan kontena…

    Craft
    / January 8, 2019
  • Nora Sweater from Tilly and The Buttons

    Assalamualaikum semua! Rasanya sudah hampir setahun saya tak menjahit untuk diri sendiri. Keseronokan menjahit baju untuk anak-anak membuatkan sering menangguhkan…

    Sewing
    / December 31, 2018
  • “Nina Blouse” Blog tour

      Assalamualaikum semua,   Pada hari ini saya akan menyertai Nina Blouse Blog Tour!    Oleh itu, saya ingin berkongsi…

    Sewing
    / March 12, 2018
  • “Nina Blouse” Blog tour

      Assalamualaikum semua,   Pada hari ini saya akan menyertai Nina Blouse Blog Tour!    Oleh itu, saya ingin berkongsi…

    Sewing
    / March 12, 2018
  • Disco sequin dress

    Assalamualaikum, Made this dramatic high low dress for my little drama queen. She needed a glittery dress for her phantomine…

    Sewing
    / January 3, 2018