Follow:
Sewing

Little elephant camisole

Assalamualaikum,

Little elephant camisole ini saya jahit khas untuk Alya. Sejak akhir-akhir ini, Alya tak suka pakai dress. Untuk itu, saya buatkan Alya camisole ini yang dipadankan dengan seluar pendek. Sesuai untuk Alya yang lasak.
Pattern ini saya ambil daripada buku “Girls Style Book” oleh Yoshiko Tsukiori dan H.H. 
 
Pattern baju ini sangat mudah diikuti dan sesuai untuk beginners yang yakin.
 
Saya gunakan size 2 tahun untuk Alya. Alya belum lagi 2 tahun. baru 1 satu 10 bulan pada masa gambar ini diambil.
 
Ini adalah pattern baju pertama saya yang menggunakan trim “ric rac”. Trimming “ric rac” digunakan pada bahagian dada baju. Ia menambahkan “cute factor” pada baju ini.

Saya juga mengolah sedikit bahagian seluar. Saya tambahkan trimming “ric rac” yang sama pada bahagian baju untuk bahagian bawah seluar.
 
Camisole ini adalah pattern “bareback”. Ia kosong pada bahagian belakang baju.
 
Kalau cuaca sejuk, bolehlah dipadankan dengan t-shirt di dalam camisole. 
Camisole ini sangat mudah dibuka dan pakai. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk digunakan selepas mandi di swimming pool ataupun ke pantai.
 
Ia amat selesa dipakai oleh si kecil.
 
Little elephant camisole ini sangat comel. Tak hairan lah Alya hari-hari minta nak pakai baju ini.
Yeay!! thumbs up!!!
 
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
 
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
 
Nadia
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply