Follow:
Sewing

Cocoon dress

Assalamualikum,
Ini adalah Cocoon dress yang saya jahit untuk anak dara saya. Ketiga-tiga dress ini dijahit menggunakan kain jenis knit atau lebh dikenali sebagai kain jenis t-shirt.

Ia adalah pattern yang boleh saya dapat daripada The Sew What Club untuk bulan Oktober. Pattern ini adalah direka oleh Groovy Baby and Mama.
Ia adalah dress hi-low. Disebabkan dress ini dijahit menggunakan kain jenis knit, ia sangat selesa dipakai. Bukan itu sahaja, saya rasa pattern ini sangat mudah dijahit.
Untuk ketiga-tiga dress ini, saya hanya siapkan dalam masa satu hari sahaja. Saya jahit sehari sebelum kami pergi bercuti ke Pantai Somone, Senegal. Disebabkan terlalu banyak gangguan daripada anak-anak terutamanya menyusukan dan tidurkan Mahathir, saya dapat siapkan ketiga-tiga dress ini pada jam 2 pagi…hehe…but it’s worth it!! Kalau tak ada gangguan, lagi cepat siap rasanya.

Bila menjahit menggunakan kain jenis tshirt ni, tak perlu dijahit tepi. Sebab itu saya katakan mudah dan cepat.

Untuk Aira saya gunakan kain knit yang lembut dan ringan. Aira saya gunakan pattern size 8.

Untuk Aisya dan Alya pula, saya gunakan kain knit yang lebih tebal. Saya gunakan pattern size 6 untuk Aisya.

Alya pula, saya gunakan size 2. Saya rasa saya patut besarkan sedikit size untuk Alya. Sebab size 2 ini terlalu kecil untuk Alya. Pendek dan sedikit ketat di bahagian lengan.

Ketiga-tiga anak dara saya pakai cocoon dress ini untuk percutian kami di Pantai Somone yang terletak 90km dari Bandar Dakar.

Bercanda di tepi pantai

Saya suka pattern ini, insya Allah saya akan buat lagi di masa akan datang.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

 Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply