Follow:
Sewing

Baobab Skirt

Assalamualaikum,
Baobab skirt!!! 
Masa untuk skirt panjang, Yeay!!
Ini adalah skirt tiga tingkat yang menggunakan fabrik dari Senegal. Gabungan 3 jenis fabrik ini menambahkan keunikan Baobab skirt ini.
Baobab adalah sejenis pokok yang banyak didapati di Afrika. Ia adalah pokok yang besar. Saya ada menceritakan tentang pokok baobab ini di blog mana-mananadia. (SINI)

Aira dan Aisya sedang melihat keindahan “Masjid Putih”.

Masjid ini dinamakan “Masjid Putih” kerana warna putih pada masjid ini. Pengunjung yang ingin masuk dan solat di dalam masjid ini diwajibkan memakai baju berwarna putih. Cuba tengok kepada bentuk masjid ini. Sunguuh unik kan? 
Hampir kesemua masjid di Senegal ini berbentuk seperti masjid ini.

Kembali kepada cerita skirt. 
Skirt ini sangat mudah dijahit. Saya menggunakan getah untuk bahagian pinggang. Pinggang getah bukan sahaja mudah untuk dijahit, malah ia memiudahkan anak dara saya menyarung dan membuka skirt. Tak perlu buka zip ataupun butang. 
Selain ia mudah, saya suka dengan pinggang getah kerana ia sangat fleksible untuk pelbagi saiz.

Aira dan Aisya suka sangat dengan Baobab skirt ni. Ia sangat selesa dan tidak panas. Sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa.

Aira dan Aisya bergambar dengan patung-patung yang terdapat di “Layu Cafe”. Ia adalah cafe kesukaan saya di Dakar ni. Cafe ini cantik dan selesa. Bukan sahaja makanan yang disediakan juga sedap-sedap, cafe ini juga digabungkan dengan butik. Pakaian yang dijual di sini  adalah pakaian moden yang dijahit menggunakan fabrik Senegal. Ia banyak memberi inspirasi kepada saya. 
Maaf,  tak gambar butik.
Baobab skirt, We love you!!!
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply