Follow:
Sewing

More Pink at Pink Lake… Reversible Shrug

Assalamualaikum,
More pink di Pink Lake!!! You can’t have enough pink! 
Untuk lawatan kami ke Pink Lake, saya jahitkan Aisya Pink Shrug. Shrug ini adalah reversible. Ia boleh dipakai kedua-dua belah. Satu bahagian saya gunakan African batik dan belah lagi satu saya gunakan kain cotton pink plain.
Shrug ini saya jahit menggunakan pattern daripada Sew What Club iaitu I Dunno Shrug. Tapi kali ini, saya telah mengubahsuai pattern dengan menjadikan shrug ini reversible. Untuk pattern asal ia tidak reversible.

Saya padankan shrug ini dengan jumpsuit yang saya jahit untuk Aisya sebelum ini. Jumpsuit ini adalah Ash Jumpsuit pattern daripada Petit a Petit & Family. Saya pernah blog tentang Ash jumpsuit ini di mana-mananadia.blogspot.com

Saya juga menggunakan trimming yang saya crochet sendiri. Orange crochet trimming dipadankan dengan pink…Not Bad!! Saya suka dengan kombinasi ini, apa pendapat anda semua?

Aira dan Aisya sibuk nak kumpul garam batu. Nampak tak Jaguar tattoo di pipi Aisya? Sehari sebelum ke Pink Lake, sekolah ada program Spirit Day dan hari terakhir adalah Jaguar Day. Semua orang di sekolah ditampal dengan tattoo Jaguar Paw… : )

Gambar terakhir saya sertakan gambar pengunjung yang menaiki sampan mengelilingi Tasik Pink.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.
Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply