Follow:
Sewing

Ali Baba Pants ( Stripy )

Assalamualaikum semua,
Sebelum ini saya ada kongsikan seluar yang saya draf sendiri. Seluar itu saya namakan “Ali Baba Pants”.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pattern seluar yang sama cuma saya gunakan fabrik yang berlainan. Untuk kali ini, seluar “Ali Baba Pants” ini saya gunakan kain bercorak belang-belang pula (Striped).

Untuk seluar ini saya besarkan sedikit kelebarannya. Dengan ini, ia memberikan effect seluar yang lebih longgar.

Saya gayakan seluar ini dengan kasut bertali. Cool tak? hehe…

Kesemua gambar ini diambil di Goree Island, Senegal. Kami sekeluarga melawat tempat bersejarah ini sebelum kami pulang ke Malaysia.

Seluar ini memang sangat-sangat selesa dipakai. Kami menghabiskan masa sepanjang hari melawat pulau ini. Seluar ini jauh lebih selesa berbanding dengan jika saya memakai seluar jeans. Ia tidak panas dan selesa untuk bergerak.

Saya gunakan fabrik jenis stretchy sama dengan seluar sebelum ini. Cuma kain belang-belang ini lebih tebal berbanding dengan seluar polka dots sebelum ini.
Saya sangat-sangat berpuas hati dengan pattern seluar yang saya draf sendiri ini. Insya Allah kalau ada rezeki saya akan cuba untuk menjahit lagi dengan menggunakan fabrik yang lain pula. Walaupun kita menjahit menggunakan pattern/pola yang sama, jika menggunakan fabrik yang berlainan akan menghasilkan kesan dan output yang berbeza.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Lokasi : Goree Island, Senegal, West Africa
Seluar: Ali Baba Pants
Baju: H&M
Kasut: Geox

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply