Follow:
Sewing

Penny Pinny Pinafore

Assalamualaikum,
Hari ini saya nak berkongsi hasil jahitan saya untuk si comel Alya. Saya jahitkan Penny Pinny Pinafore untuk Alya menggunakan pola daripada Sew What Club. Pattern ini adalah pattern yang dikeluarkan pada bulan March 2016 untuk ahli kelab Sew What Club.
Penny Pinny Pinafore ini direka oleh Kelly daripada Sewing In No Man’s Land.

Saya suka dengan hasilnya. Cuma saya mempunyai masalah sedikit dengan sizing untuk baju ini. Semasa baju ini dihasilkan, Alya baru sahaja berumur 2 tahun 6 bulan, maka saya menggunakan pola size 3T. Malangnya, Alya tak muat untuk size 3T!

Saya terpaksa jahit semula dress yang baru untuk Alya menggunakan size 5T! Hahaha! Berbeza daripada Aira dan Aisya, Alya menghadapi masalah sizing dengan pola Sew What Club.

Ini adalah kali ketiga size baju Alya jadi kecil. Sebelum ini adalah pattern Cocoon Dress, Madeline Dress dan kali ini Penny Pinny pula huhu.

Saya suka dengan hasil lubang butang yang saya jahit kali ini, Kemas…. yeay!. Saya gunakan butang gambar zirafah. Comel, kan? Tapi untuk masa hadapan saya mungkin akan potong sedikit bahagian skirt untuk memudahkan proses buka dan pakai dress ini.

Sepanjang proses menghasilkan dan jahit dress ini, Alya memang tak sabar nak mencuba. Alya asyik tunggu di tepi mesin jahit dan cakap “Dress Cantik!” dengan slang pelat dia.

Twirling effect? Checked! Alya suka !!
Ruffle pada bahagian pinafore ini berjaya mencuri hati saya… sooo girlie! Saya juga suka adalah pinafore ini boleh digayakan begitu sahaja jika cuaca panas ataupun boleh dipakai dengan tshirt di dalam dress jika sejuk, terpulang kepada citarasa masing-masing.

Fabrik yang saya gunakan untuk Penny Pinny ini telah lama saya simpan. Saya beli fabrik ini semasa di Senegal, Afrika. Sejak nampak pattern Penny Pinny ini di dalam Sew What Club saya terus terbayang hendak menggunakan fabrik kotak-kotak merah ini untuk dress ini.

Cak!
Bonding time with Tok Wan
Kesemua gambar ini telah diambil semasa kami bercuti di Port Dickson sebelum bulan Ramadhan bersama Atok, Nenek, Opah dan Tokwan Alya. 
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya. 
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Lokasi: Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Pattern baju: Penny Pinny Pinafore daripada Sew What Club
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply