Follow:
Sewing

Embroidery shirt with Ruffle Capri

Assalamualaikum semua,

Ini adalah hasil kedua untuk projek sulam atas t-shirt yang ingin saya kongsikan bersama.

Ini adalah projek ringkas untuk dapatkan sepasang baju iaitu t-shirt dan seluar.


Saya gunakan t-shirt kosong yang dibeli dari Mothercare. T-shirt ini sama pattern dengan t-shirt Aisya sebelum ini (Post sebelum ini, sila tekan SINI). Saya telah menyulam applique atas t-shirt ini menggunakan pattern percuma daripada Design by Juju.

Saya memang suka sangat-sangat dengan sulam applique. Pada saya, sulam applique dapat memberi kan “extra touch” kepada hasil sulaman. Namun begitu, teknik sulam applique ini lebih rumit daripada teknik sulaman biasa. 

Kita boleh menggunakan kain-kain lebihan ataupun perca yang sama dengan seluar ataupun skirt untuk dapatkan effect yang cantik.


Saya telah padankan t-shirt sulam ini dengan seluar ruffle. Untuk Ruffle Capri ini pula saya gunakan pola “Kid Shorts” yang direka oleh Dana MADE. Untuk dapatkan effect seluar capri, saya telah panjangkan sedikit pola seluar pendek ini supaya labuh seluar berada di bawah lutut Alya.


Saya menggunakan fabrik yang warnanya seakan-akan dengan seluar Alya untuk sulam applique pada t-shirt Alya.


Suka dengan hasil gabungan sulam dan seluar ni. Pada saya ia sangat comel bila Alya memakainya.


Gambar-gambar ini telah diambil ketika kami beraya di Ipoh. Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sekeluarga singgah ke Funtasy House yang terletak di 16, Jalan Market, Ipoh Perak.

Harga tiket adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Funtasy House sila TEKAN SINI.



Alya bergambar dengan Mahathir : ) Comelkan gambar ni? Alya dan Mahathir sedang menyorok daripada si tikus hehe.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply