Follow:
Sewing

Embroidery shirt with skirt

Assalamualaikum semua,
 
Masih lagi dalam demam menyulam t-shirt anak-anak…hehe. Kali ini t-shirt Aira pula. 
 
Saya masih menggunakan teknik sulaman applique. Saya telah menggunakan pattern percuma daripada Planet Applique iaitu Snowflake Applique.
 

 

Saya menggunakan t-shirt yang sama dengan Aisya dan Alya seperti dalam post yang lepas. Saya telah memilih design sulaman yang mudah dan simple. 
 
Tshirt ini telah disulam sehari sebelum raya. Nasib baik Aira pilih pattern yang mudah ni, hehe…
 
Sambil kelam kabut sulam t-shirt, dalam masa yang sama saya perlu berkemas beg untuk travel pula.

 

 

Saya telah padankan t-shirt Aira dengan skirt. Skirt ini adalah pattern daripada Dana MADE Everyday
 
Ia adalah pola percuma daripada Dana. Dana telah menyediakan tutorial bagaimana hendak menjahit skirt ini langkah demi langkah. 
 
Saya telah tambahkan ruffle pada bahagian bawah skirt ini. Kalau ikutkan pattern asal skirt Dana, sash pada skirt sebenarnya lebih lebar. Namun, saya telah kecilkan saiz kelebaran sash ini untuk disesuaikan dengan badan Aira yang kurus.

 

 

Sekali lagi, projek mudah untuk mendapatkan sepasang baju. Cuma sulam applique pada tshirt dan jahitkan skirt menggunakan fabrik yang sama dengan sulaman.

 

 
Love the style!
 

 

 

Gambar-gambar ini telah diambil ketika kami beraya di Ipoh. Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami sekeluarga telah singgah ke Funtasy House yang terletak di 16, Jalan Market, Ipoh, Perak.

 

 
Kebanyakkan gambar Aira ini diambil di sekitar kawasan Funtasy House tersebut.
 

 

Harga tiket adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Funtasy House sila TEKAN SINI.

 

Aira bergambar di dalam Funtasy House sambil memegang Papa dan Alya…hehe.
 
Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 
 
Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply