Follow:
Sewing

Mille Feuille Dress (Aira)

Assalamualaikum semua,
 
Hari ini saya nak berkongsi hasil jahitan Mille Feuile Dress untuk Aira pula. Pola yang sama dengan dress yang saya jahit untuk Aisya. Cuma kali ini saya menggabungkan dua jenis fabrik. 
 
Pada asalnya saya ingin menggunakan satu jenis fabrik sahaja. Tetapi disebabkan tak cukup kain, terpaksalah saya menukar rancangan. Dress ini nampak simple tetapi disebabkan sizenya yang kembang, banyak juga fabrik yang diperlukan. Dua meter sahaja tidak mencukupi.
 


Pola ini direka oleh Stef daripada blog The Girl Inspired untuk The Sew What Club pada Jun 2016.


Gambar-gambar ini diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Janda Baik, Pahang.

 

Semasa dalam proses menjahit dress ini, emak saya menegur saya “macam jahit langsir je!” kerana terlalu banyak sangat ruffles sampai tiga tingkat. Tapi, bila dah siap jadi dress, terus dia tegur dan cakap “Cantik!”
 
Saya memang suka kepada ruffles. Kalau boleh semua baju saya nak rufflekan… hehe. Meskipun teknik ini menggunakan banyak fabrik, namun hasilnya sangat memuaskan.

 

 
 Twirlling time!



Saya telah padankan dress ini dengan bunga ros crochet.
 

Aisya dan Aira.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini. Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
 
Dress : Mille Feuille Dress
Pattern Design : Stef, Girl Inspired
Made by: Me (jahitbynadia)
Lokasi: Hillside Cottage, Danau Daun Chalet, Janda Baik.
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply