Follow:
Sewing

Queen Elsa and Princess Anna

Assalamualaikum,
Lama sungguh saya tak update post dengan jahitan costume. Saya ingin berkongsi jahitan yang saya telah jahit untuk Aira dan Aisya sejak tahun 2015. Antara costume yang telah saya jahit termasuklah baju yang berinsprirasikan Queen Elsa dan Princess Anna untuk Aira dan Aisya.
Untuk baju Queen Elsa, saya telah menggunakan pola baju “Maren Dress”. Pola baju ini telah direka oleh Jessica Cristian daripada blog Craftiness is not optional. Ia adalah pola yang diberikan kepada ahli kelab “Sew What Club” untuk bulan September 2015. Ia adalah pola yang sama saya jahit untuk baju Aisya sebelum ini. (Klik Di Sini)
Saya telah tambahkan kain sequein pada bahagian depan baju. Dan bahagian belakang pula saya tambahkan cape seperti baju Queen Elsa dalam filem Frozen. Untuk cape dress ini, saya telah menggunakan kain langsir. Saya cuma beli 1/2 meter kain langsir putih untuk projek ini. Pada mulanya, suami saya pelik kenapa pula nak beli kain langsir… hehe
Bahagian skirt pula saya lapiskan Tulle untuk jadikan ia lebih menarik.
Saya suka jahit costume untuk anak-anak saya berdasarkan character filem atau TV. Dalam masa yang sama, saya akan membuat beberapa pindaan kreatif untuk memastikan costume yang saya jahit selesa untuk dipakai secara harian. Selain itu, pilihan fabrik juga amat penting. Misalnya, kain cotton sangat sesuai cuaca panas di Malaysia.
Saya sangat sukakan bahagian bukaan belakang baju Maren Dress ini. Saya menggunakan butang berbentuk cupcake kerana itu adalah permintaan Aira walaupun butang ini langsung tidak sesuai dengan tema…huhu.
Untuk Princess Anna pula saya gunakkan pola Peasant Dress. Pola ini saya dapat secara percuma daripada Pinterest. Terdapat banyak tutorial yang percuma dalam Pinterest.
Ia adalah dress mudah yang sesuai untuk Beginners Sewist : )

 

Saya suka dengan peasant dress bukan sahaja mudah untuk dijahit, malah ia juga mudah untuk disarung oleh si kecil. Proses membuka dan memakai baju jadi lebih mudah tanpa butang ataupun zip.
Saya telah melukis corak baju Anna ini menggunakan fabric paint.
Bahagian atas baju dan lengan saya menggunakan kain jenis cotton. Untuk skirt pula saya gunakan kain jenis lycra. Gabungan yang sangat sesuai. Kain lycra yang berat membuatkan skirt jatuh dengan cantik.

 

Drama Queen and Sweet Princess : )

 

Aira sedang menghayati watak moody Queen Elsa semasa sesi pengambaraan ini..hehe. Aisya tetap dengan pose comel dan senyuman manisnya.

Costume yang boleh dipakai hari-hari. Selesa dengan cuaca di Malaysia dan yang paling penting ia adalah mama made with love : )

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi post akan datang.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply