Follow:
Sewing, Tutorial

Preparing Selvage Strips

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi cara-cara menyediakan Selvage Strips.

Kebanyakan bahagian selvage yang kita nak gunakan untuk projek selvage kita adalah bahagian yang bertulis. Lagi banyak tulisan ataupun gambar bulat-bulat berwana-warni itu adalah lebih baik.

Ini ada beberapa tips untuk membantu anda mengumpul selvage:

  • Apabila kita nak memotong bahagian selvage pada kain, kene sentiasa beringat untuk memotong dengan lebihkan sebanyak 1/4″ untuk basi ataupun seam allowance. Jika inginkan bahagian kain nampak sedikit untuk projek anda, bolehlah lebihkan dari 1/4″ seam allowance. Lagi besar lebihan seam allowance akan menyerlahkan lagi bahagian fabrik anda.
  • Sediakan bag khas untuk menyimpan semua selvage yang anda kumpul. Setiap kali anda mulakan projek baru dengan kain yang baru, trim bahagian selvage dan simpan di dalam bag khas.
  • Jika anda ada kawan-kawan crafter or sewist, bolehlah memberi tahu kawan-kawan bahawa anda mengumpul selvage and have them save theirs for you.
Potong Selvage dengan 1/4 seam allowance atau lebih terpulang pada projek. Saya suka cadangkan anda guna rotary cutter kerana ia lebih mudah berbanding menggunakan gunting. Namun ini terpulang kepada citarasa masing-masing : )
Kumpul semua selvage di dalam bag khas.

Saya juga ada menyimpan selvage secara menggulungkan selvage. Saya gunakan kertas kotak cereal yang tidak digunakan. Cara ini lebih menjimatkan ruang dan juga masa. Tidak perlu menggosok kerana selvage tidak keromot (wujud ke perkataan ni? hehe). Untuk yang di simpan di dalam bag, iron selvage dahulu sebelum memulakan memulakan projek.

Itu sahaja tips dari saya untuk kali ini. Sesiapa yang ada tambahan tips bolehla tambah pada bahagian komen ye. Sharing is Caring : )

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cara-cara menjahit jalur selvage.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Awin

    keromot = renyuk

    tq Nadia…ada yg potong sipi2 je. Maklumlah kalau kain mahal tu mmg nak dioptimakan penggunaanya.

    January 25, 2017 at 1:50 pm
  • Reply nadiashahafeez

    haha! keromot=renyuk…Terima Kasih Awin!cuba tanya cik google dia tak tahu plak!

    Ye, kalau kain mahal boleh gunting 1/4" je dah cukup. Kalau banyak tulisan, tak perlu nampak kain pun tak apa…selvage je dah cantik!

    January 25, 2017 at 1:57 pm
  • Leave a Reply