Follow:
Sewing

Garden Party Selvage Wristlet

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya hendak berkongsi projek selvage saya untuk “Selvage Party MSMY” anjuran bersama Sewtizen dan juga Modern Sewists Malaysia.

Sebelum ini saya tak pernah terfikir pun yang selvage ni boleh digunakan untuk menghasilkan projek lain. Selama ini saya buang sahaja selvage yang ada. Tetapi apabila saya membaca buku “Everyday HANDMADE” ini, segalanya telah berubah. Saya mula menghargai dan mengumpul selvage.

Everyday HANDMADE 
22 practical projects for the modern sewist
by Cassie Barden and Adrienna Smitke

 

Buku ini adalah hadiah daripada Encik Suami tercinta. Beliau telah membeli buku ini semasa belaiu bertugas di New York. Alangkah bahagianya masa dapat buku ini. Maklumlah, kami menetap di Senegal pada masa itu, jadi agak sukar nak dapat buku berbahasa Inggeris. Semuanya dalam bahasa Perancis.

 

 

Setelah mentelaah buku ni, baru lah saya tahu yang kita boleh buat projek menggunakan selvage…hahaha!
Untuk itu “Selvage Party MSMY” ini saya nak persembahkan The Garden Party Selvage Wrislet versi jahitbynadia.
Untuk tujuan ini, Saya telah sambungkan kesemua selvage saya. Disebabkan ini adalah koleksi selvage saya yang lama-lama (first batch), kesemuanya bukanlah koleksi selvage Designer’s Fabric. Tulisan yang terdapat pada bahagian selvage pun tak banyak. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk membiarkan bahagian kain di nampakkan sedikit untuk menaikkan seri warna.

 

Setakat ini sahaja perkembangan projek saya. Diharap agar post ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana sebagai inspirasi untuk projek masing-masing. Tak sabar rasanya saya nak melihat projek- projek yang dihasilkan untuk “Selvage Party MSMY”. Insya Allah kita berjumpa pada 25 Februari 2017 di Sewtizen, Wangsa Melawati.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply