Follow:
Events, Sewing, Tutorial

One-Selvage Strip Project

Assalamualaikum,
Ada kalanya, kita rasa teragak-agak untuk memulakan sesautu projek disebabkan oleh kurang materials. Misalnya untuk projek selvage, ada yang merasakan mereka tidak boleh memulakan projek kerana mereka tidak pernah menyimpan selvage sebelum ini.
Namun demikian, dengan mengaplikasikan kreativiti masing-masing, kita boleh memulakan projek ini. Sometimes, less is more.
Hari ini saya nak berkongsi projek yang buat dengan hanya menggunakan satu strip selvage saiz fat quarters sahaja. Projek ini saya gabungkan dengan lebihan strip fabrik yang saya gunakan untuk projek patchwork sebelum ini.
Projek kali ini ialah “Mini Card Holder”

Ia adalah dompet kecil untuk saya menyimpan segala membership dan discount card saya.

Saya hanya menggunakan satu strip selvage sahaja. Di dalam gambar di atas, saya sediakan 2 strip selvage tetapi akhirnya saya hanya menggunakan satu selvage strip sahaja. Selvage strip ini saya sambungkan dengan lebihan fabrik strip yang saya sedia ada baki daripada projek patchwork saya sebelum ini.

Saya hanya menggunakan selvage strip yang tidak bertanda X. Selvage strip itu saya akan simpan untuk projek lain.

Untuk pengetahuan semua, selvage strip ini adalah daripada kepingan fabrik fat quater sahaja. Maknanya selvage strip ini tidaklah panjang mana pun.

.
Saya telah melukis sendiri pola/pattern card holder saya di atas kertas. Selepas itu saya gunting batting mengikut pola.pattern yang telah tersedia.

 

Seperti tutorial yang saya tunjukkan sebelum ini, saya lukiskan garisan 45 darjah di atas kepingan batting. Jahitkan fabrik strip pertama dan saya tindihkan selvage saya dia atas kepingan tadi.

Saya menggunakan decorative stitch untuk projek ini. Ia adalah stitch yang memang sedia ada di dalam mesin Heavy Duty Singer.

 

Untuk fabrik strip, saya jahitkan jahitan lurus terlebih dahulu. Letakkan kepingan fabrik tadi “right side facing together”.

Kemudian, lipatkan fabrik strip tadi dan topstitch di bahagian atasnya pula. Selang-selikan selvage dengan kepingan fabrik tadi mengikut kesesuaian.

 

Ulang proses tadi sehingga kesemua bahagian batting ditutupi dengan kepingan fabrik dan selvage.

Potong lebihan fabrik strip dan selvage tadi.
Jahit lining dan kepingan selvage tadi “right side together” dan pastikan tinggal sedikit ruang untuk terbalikkan kepingan tadi.
Selepas terbalikkan, toptstitch bahagian tepi card holder. Selepas itu, lipat supaya terbentuk seperti card holder pattern tadi.

Letakkan butang snap dan yeay! Mini Card Holder sudah pun siap.

 

Semoga projek ini dapat memberikan inspirasi kepada semua, terutamanya kepada sesiapa yang baru sahaja berjinak-jinak untuk mengumpul selvage. Walaupun tak banyak koleksi selvage kita, kita masih mampu untuk menghasilkan projek yang comel seperti ini.
Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Selvage Party yang akan diadakan tidak lama lagi secara percuma. Link bagi Selvage Party berkenaan ada DI SINI.
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Proud Mama's Dairy

    Creative… simple but inspiring.

    February 6, 2017 at 1:57 pm
  • Reply nadiashahafeez

    Terima Kasih : )

    February 7, 2017 at 7:00 am
  • Leave a Reply