Follow:
Sewing

#117 Bow Blouse (Thread Fraction)

Assalamualaikum semua,
 
Lama rasanya saya tak update blog jahitbynadia ni. Walaupun saya bertekad untuk memastikan blog ini aktif, keperluan untuk menguruskan anak-anak yang sedang membesar tetap menjadi keutamaan bagi saya.


It has been quite a while since I updated this blog. Even though I had strive to ensure that this blog remains active, the need to manage the children who are growing up really fast remains a priority for me.
 
 
Hari ini saya nak berkongsi perihal blouse yang saya jahit untuk Aira dan Aisya menggunakan pattern daripada Thread Fraction. 

Alhamdulillah, saya telah berjaya menjadi tester untuk mencuba jahit pattern #117 ini sebelum ia dikeluarkan untuk dijual kepada umum pada bulan Mei yang lepas.


Today, I would like to share about the blouse that I had sewn for Aira and Aisya using the pattern from Thread Fraction.



Thank God, I was chosen as one of the testers for pattern #117 before it was release to public last May.


 
 

Blouse ini adalah pattern yang menggunakan kain jenis knit atau lebih dikenali sebagai kain t-shirt.


The pattern of the blouse requires the usage of knit fabric, also known as t-shirt fabric.


 

 

 
Untuk blouse hitam Aira saya telah menggunakan kain knit yang saya beli daripada local vendor iaitu Dzfabric. Aira memang sangat-sangat suka dengan kain ini kerana star pada kain ini sangat BLING gitu! hehe…

For Aira’s black blouse, I had chosen a black knit that I bought from a local vendor Dzfabric. Aira loves the gold star motive on the fabric. It’s so BLING…hehe.



 
 

Untuk Aisya pula saya gunakan kain knit yang dibeli dari Spotlight Malaysia. Kain ini pada asalnya saya beli untuk dijadikan blouse saya. Namun, setelah saya dapat pattern ini daripada Liz, saya merasakan adalah lebih sesuai untuk kain ini digunakan untuk blouse Aisya.


Meanwhile, I used a fabric that I bought from Spotlight Malaysia for Aisya’s blouse. Originally, I wanted to use the fabric for my own blouse. But after receiving the pattern, I thought that it would be better to use it for Aisya.
 
 
 

Blouse ini memang sangat mudah untuk dijahit. Cepat dan mudah! Penerangan satu persatu di dalam tutorial yang disediakan oleh Liz memang sangat memudahkan. Ia sangat sesuai untuk beginner yang baru mula berjinak untuk menjahit.


The blouse is so easy to sew. Fast and simple! The step-by-step instruction in the tutorial is easy to comprehend. It is perfect for beginners.
 
 
 
Pada pendapat saya, bow pada blouse ini menyerlahkan sifat feminin kepada blouse.
 
IMHO, the bow on the blouse enhance the femininity of the blouse it self. 
 
 

Blouse ini boleh digayakan dengan skirt mahupun legging atau jeans. Saya suka kepada pattern yang versatile seperti. Ia memberikan kebebasan kepada anak-anak saya untuk menjadi kreatif.


The blouse can be matched with a skirt, legging or jeans. I love versatile patters such as this. It gives a creative freedom to my kids. 
 
 

Untuk top stitch bahagian leher, lengan dan hem blouse saya telah menggunakan Twin Needle untuk menampakkan hasil yang lebih profesional.


I used twin needle to top stitch the neck part. I felt that i gives a professional look to the blouse.
 

 

 
 
 
Best Friends For Ever!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Saya suka dengan dengan pattern #117 Blouse ini, ia sangat mudah dan sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Boleh untuk aktiviti lasak dan kelihatan feminin pada waktu yang sama. Untuk membeli pattern pdf ini, anda bolehlah pergi ke website Thread Faction (Klik Di Sini)

I love the pattern #117 as it is easy to make and suitable to be worn is the humid weather of Malaysia. One can remain active yet feminine at the same time. To buy this pattern, you can head to the Thread Faction website CLICK HERE.


Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.
 
Sehingga berjumpa di post yang akan datang!

Thank you for visiting my blog.


Till we meet again in my next post!

 

 


Nadia xx

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply