Follow:
Sewing

Baju Melayu Teluk Belanga

Assalamualaikum semua,
 
Hari ini saya nak berkongsi baju melayu teluk belanga yang saya jahit untuk si anak teruna, Mahathir. Baju melayu ini saya jahit pada bulan Jun yang lepas bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017.
 
Today i would like to share the result of baju melayu belanga that i had sewn for my son, Mahathir. It was made last June for the Aidilfitri celebrations.
 
 
Ini kali pertama saya jahit baju melayu yang lengkap untuk Mahathir. Tahun lepas Mahathir masih baby saya hanya jahit baju melayu rompers sahaja. Kali ni Mahathir dapat complete set dengan seluar.
 
Agak mencabar sedikit, sebab kali ini saya menggunakan kain yang lembut dan licin.
 
This is the first time I am trying a complete baju melayu for Mahathir. Last year, I only made a romper baju melayu. This time I am pairing it with a pants.
 
It was quite challenging as the fabric tend to be slippery.  
 
Untuk baju melayu ini, saya tidak menggunakan mana-mana pattern kertas. Cara menggunting dan menjahit baju ini sama seperti menghasilkan baju kurung tradisional. Cuma baju melayu pendek labuhnya dan ada poket. 
 
Untuk ukuran pula, saya hanya mengambil ukuran dada, labuh baju dan labuh lengan. Untuk leher saya hanya menggunakan kaedah cuba-jaya sahaja…main agak-agak! hehe 
 
Untuk seluar pula saya menggunakan pola/pattern Big Butt Pants pattern daripada Made by Rae (Klik Di Sini) 
 
I didn’t use any paper pattern for the baju melayu. The cutting and sewing technique is similar to traditional baju kurung.
 
For the shirt measurements, I used the age-old technique of trial and error by taking the measurements of chest, length of body and sleeves.
 
For the pants, I used the paper pattern from Big Butt Pants from Made by Rae (Klik Di Sini) 
 
Untuk mempercepatkan proses menyiapkan baju melayu ini, saya telah menggunakan jahitan mesin sepenuhnya. Untuk kemasan leher, lengan tangan dan hem baju saya menggunakan jahitan decorative stitch. Suka sangat dengan hasilnya. 
Jahitan deco-stitch ni sangat-sangat menjimatkan masa! Tak perlu lagi saya nak sembat tangan dan buatkan jahitan mata lalat ataupun jahitan tulang belut. Separuh hari dah dapat sepasang baju melayu hehe…well, knowing me! I’m the queen of short cut kan? hehe. 
 
Saya ada kongsikan gambar deco-stitch ini di akaun Instagram jahitbynadia.

 

To expedite the process of completing the baju melayu,i had sewn it completely using the sewing machine. I also used decorative stitch for finishing on the neckline, sleeve and hem. I simply love the result.
 
The decorative stitch saves me valuable time. There is no need to spend with manual sewing. I could finish the baju melayu with in half a day.
 
I have shared the pics of the deco-stitch in jahitbynadia Instagram account. 
 
 
Butang baju melayu kali ini saya gunakan butang berbentuk kereta berwarna kuning..comel kan?
 
Poket pula, saya hanya buatkan satu poket yang besar untuk Mahathir. Senang nak letak sampul duit raya!
 
Samping kali ini, saya hanya gunakan samping beli sahaja. Kekangan masa di bulan Ramadhan lepas membuatkan saya tak sempat nak jahit samping.
 
I used car-shaped buttons for the baju melayu. Don’t they look cute?
 
For the pockets,  I decided to make a big single pocket for Mahathir. Easier for thim to store the duit raya packets!
 
I couldn’t find time to sew the samping, so I just buy one for him.
 
Mahathir suka sangat-sangat dengan Baju Melayu ni. Lebih-lebih lagi bila digayakan dengan songkok di kepala.
 
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.
 
Hingga jumpa di post yang akan datang!
 
Mahathir loved the baju melayu. Especially worn with his songkok. 
 
Thank you for reading my blog.
 
Until we meet again in the next post.
 
Nadia xoxo
Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply