Follow:
Sewing, Travel

Zero Waste Utility Jumpsuit

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya akan berkongsi hasil jahitan saya yang menggunakan konsep jahitan zero waste. Untuk makluman, saya telah dipilih oleh Liz dari Thread Faction sebagai salah seorang tester untuk pattern terbaru beliau Zero Waste Collection ; ZW Basic Blouse dan Utility Jumpsuit.

Today I would like to share the outfit that I’ve made using the zero waste concept. FYI, I was chosen by Liz of Thread Faction as one of the testers for her latest Zero Wast Collection: ZW Basic Blouse and Utility Jumpsuit.

Untuk blog post hari ini, saya akan tunjukkan The Utility Jumpsuit!

Jumpsuit ini saya hasilkan menggunakan kain dari duvet cover Ikea. Duvet cover ini saya beli dengan harga yang sangat berpatutan…SALE! Dengan harga yang murah, saya dapat fabrik yang besar bukan sahaja cukup untuk projek jumpsuit ini, malah saya masih ada lebihan fabrik untuk projek akan datang…Yeay!

For today’s blogpost, I am presenting the Utility Jumpsuit!

The jumpsuit is made out of a duvet cover from Ikea. It was bought for a very reasonable price…during a SALE! At a very low price, I managed to not only get a huge amount of fabric but also lots of scraps for future projects…yeay!

Untuk yang masih baharu dengan konsep zero waste ini, ia adalah konsep yang mana kita akan menggunakan semua fabrik yang dipotong. Untuk kebanyakan pattern jahitan zero waste, pattern direka dengan satu segiempat tepat. Tidak akan ada lebihan fabrik yang perlu dibuang. Contohnya, lebihan potongan seluar ini dijadikan gusset yang diletakkan pada bahagian tengah seluar untuk keselesaan si pemakai….bijak kan? Untuk lubang bahagian leher pula, dijadikan sebagai salah satu poket pada jumpsuit ini.

For those uninitiated with the zero waste concept, it is a concept where we would use the entire fabric. Most of zero waste pattern would be designed in a rectangular shape. The will be no leftover fabric that need to be discarded. Example, the scrap from cut of the pants would be used to make the gusset to be inserted to the pants to make it more comfortable for the wearer….genius, isn’t it? Meanwhile, the scrap from the neck is turned into one of the pockets of the jumpsuit.

Jumpsuit ini mempunyai banyak poket. Anak-anak kecil memang sangat suka poket yang banyak pada baju kan!

The jumpsuit has a lot of pockets. Kids just love pockets!

Untuk jumpsuit ini, saya tampalkan embroidery patch pada bahagian poket atas. Patch berbentuk pokok cactus ini saya beli dan hanya perlu iron untuk 1 minit sahaja. Untuk memastikan embroidery patch ini tahan lama, saya jahitkan keliling supaya ia tetap terlekat walaupun baju ini dibasuh berulang kali.

For the jumpsuit, I added an embroidery patch at the top pocket. The cactus patch was store-bought and needed to be ironed on for one minute. To ensure the longevity of the patch, I sew around the edged so that it will remain in place even after countless washes.

Bahagian belakang Jumpsuit.

Dapatkan koleksi pattern Zero Waste hari ini! Jangan lepaskan peluang diskaun 30 peratus yang ditawarkan oleh Thread Faction. Sila klik affiliate link ini. Sokongan anda amat dihargai.

Get your Zero Waste pattern collection today! Don’t miss out on the 30 percent discount by Thread Faction. Click on the affiliate link. Your support is very much welcomed.

Gambar-gambar ini diambil semasa kami berkelah di Strandbad Wannsee. Ia adalah salah satu tasik yang terkenal di Berlin yang menjadi tumpuan pengunjung terutama semasa musim panas.

The pics were taken during our picnic at Strandbad Wannsee. It is one of the most famous lakes in Berlin that is a crowd magnet especially during the summer months.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya, Insyaallah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Thanks for reading my blog. See you again in future postings.

Sewing pattern: Zero Waste Utility Jumpsuit from Thread Faction.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply